Thursday, April 22

Merangkak menuju maghfirahMu

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَمَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلا أَنْتَ

Allahumma anta Rabbi la ilaha illa anta, Anta Khalaqtani wa ana abduka, wa ana 'ala ahdika wa wa'dika mastata'tu, A'udhu bika min Sharri ma sana'tu, abu'u Laka bini'matika 'alaiya, wa Abu Laka bidhanbi faghfirli innahu la yaghfiru adhdhunuba illa anta


(O Allah! You are my Lord! None has the right to be worshipped but You. You created me and I am Your slave, and I am faithful to my covenant and my promise as much as I can. I seek refuge with You from all the evil I have done. I acknowledge before You all the blessings You have bestowed upon me, and I confess to You all my sins. So I entreat You to forgive my sins, for nobody can forgive sins except You.)


Ya Allah, kaulah Tuhanku. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Engkau menciptakanku dan akulah hambaMu. Aku berada dalam perjanjianMu serta setia padaMu, yang akan kulaksanakan dengan segala kemampuanku. Aku berlindung padaMu dari segala dosa yang telah aku lakukan. Aku mengakui nikmatMu yang Kau curahkan padaku, dan aku mengakui segala lautan dosaku. Maka ampunilah aku kerana tiadalah sesiapa pun yang mampu mengampunkan selain Engkau.


(dipetik drpd doa Ma'thurat)



Di setiap hela nafas, setiap degupan jantung, setiap gerak geri, setiap tutur kata, setiap lintasan hati, setiap pandangan mata, setiap bayangan fikiran, tidak pernah tidak, kita akan terlepas daripada melakukan dosa, walau sekecil-kecil zarah.


Ketika diri melakukan kebaikan, terkadang terasa 'ah, bagus aku buat ni, orang lain tak buat pun'. Ketika berkorban demi kebenaran, hati berkata 'hmm, aku sorang je la yang buat ni, thanks laa'.
Ketika terasa diri beriman, bermonolog diri 'Hisham, ko terbaik aaa, ko memang layak ke syurga'.
Ketika bersujud menangisi dosa, syaitan berbisik 'bagusla, Allah dah ampunkan dosa kau. ko tunggu laa.'


Sedangkan ketika melakukan kebaikan pun kita masih berdosa, sengaja hati busuk ini meng'up'kan diri sendiri sedangkan sebenarnya yang menjayakan sesuatu perkara itu ialah Allah.
Sedangkan ketika berkorban dalam berjuang pun masih berdosa, hati kotor ini mendesak diri bersimpati serta menyalahkan orang lain sedangkan sesuatu amalan itu sepatutnya untuk Allah semata.
Sedangkan ketika terasa diri beriman itu masih berdosa, tidak pernah layak seseorang itu untuk masuk ke syurga sedangkan Rasulullah bangun malam sehingga bengkak kaki ditanya 'Aisyah kenapa begitu ya Rasulullah bukankah engkau ini kekasih Allah? Jawab Baginda, salahkah untuk aku bersyukur?
Sedangkan ketika malam itu sayu mendengar tangisan hamba Allah yang membersihkan hatinya, syaitan itu masih menyerangnya dari depan belakang atas atau bawah, siang menjelma, syaitan muncul kembali mengekori tiap gerak geri mencari peluang mendosakan kita.


Dalam menulis blog di pagi hening ini, terasa diri ini, apakah blog ini untuk menarik perhatian manusia kepada diri, atau menyeru manusia kembali pada Tuhan?


Ya Allah, ampunkanlah aku serta keluargaku serta mereka2 yang menuju kepadaMu..


merangkak menuju maghfirahMu,
Hisham Mahir

3 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum.
betul tu. bila kita beirbadah kpd allah, tanpa kita sedar, ade je bisikan2 yg tak elok terlintas di hati kita. dlm kita berbuat kebaikan, kite dah wat dosa. mmg susah utk menuju ke jalan allah. terlalu byk ujian yg kite kne hadapi. tp, itu sgt berbaloi krn ganjarannye adlh syurga allah yg penuh nikmat. dekat dunia pon, bile kite nak senang kena susah2 dulu, apatah lg di akhirat.
dlm alquran pon ade tulis, 'inna ma'al 'usri yusra'.

Siti Syazwan said...

paham maksud ini. kdg2 tkt nak buat kebaikan sbb tkt org lain ckp bukan.

tp sng lagi nak buat kebaikan dari buat kejahatan sbnrnya bukan?

Hisham Mahir said...

Siti: takut untuk buat kebaikan tu hanyalah bisikan syaitan semata. Sungguh pemimpin ayah sedara Nabi itu bukanlah tidak percaya akan Allah tapi takut utk mengakui dengan lidah kerna risau pangkat dan hartanya lesap tatkala diri bergelar seorang Muslim. Bila terdetik rasa ingin membuat kebaikan teruslah berbuat kebaikan jgn fikir lama2 nanti syaitan akan membisikkan kata2 yg mendownkan kita, takut org kata, lain dari org lain, nampak pelik, nmpk mcm hipokrit dsb. Ketahuilah bahwa Allahlah yg menghitung segala tindak tandukmu. :)