Tuesday, May 4

Salahkah aku ingin bersyukur?

Aku seorang hamba.

sering alpa terlupa, bukan maksum. 

selalu berdosa, namun mengejar maghfirah.

tidak sempurna, hanya sentiasa memperbaiki.

jauh dari alim, namun menjauhi kejahilan.

bukan berlagak warak, cuma mencari redhaNya. 

 

Kenapa? 

Kerana takut dipalu disiksa dalam kubur, lemas dalam peluh bila matahari sejengkal kepala berdiri bagai selamanya menunggu perhitungan juga nauzubillahiminzalik, gejolak marak api hitam pekat yang tiada mampu otak ini membayangkan siksa neraka yang tidak terperi sakitnya, dirantai diikat disuap makan buah berduri meluluh perut, haus... diberi minum air nanah bercampur darah menggelegak yang serta merta menggelegakkan otak, dibakar dipanggang sehingga luruh kulit dan daging lalu diganti baru seperti asal.. berulang-ulang. sampai bila?

sampai bila-bila.

bila-bila tu sampai bila?

bila-bila tu sampai bila-bila la..

tiada penghujung. tiada.

 

penghujung manusia cuma dua. 


samada diseksa diganti kulit yg hancur luluh perut serta isi dagingnya berulang-ulang-ulang-ulang kali,

atau

bersenang lenang di syurga menikmati kehidupan sebenar setelah pahit jerih penat lelah menghadapi hidup yg penuh cubaan dan godaan.


Aku sedar kekurangan, salahkah untuk berubah?

Aku takut padaNya, salahkah aku bertaubat?

Aku berhutang Islam ini padaNya, salahkah aku ingin bersyukur?

 

Salahkah aku ingin bersyukur?

3 comments:

Anonymous said...

likes this post. semoga istiqamah ye insyaAllah =)

Hisham Mahir said...

tq chaq :)

A.H. said...

post yg mencairkan hati yg mampu bwk sy ke dunia nyata~ tq~ :)