Wednesday, August 17
Pemergian (Hari Terakhir di Manchester)
By
Hisham Mahir
Rabu - 17/8/2011
Hari ini saya balik ke Malaysia, meninggalkan Manchester, yang menjadi tempat seribu kenangan serta pengajaran. Manchester, asalnya saya tak hendak pun ke sini, sedia maklum, Cardiff merupakan pilihan pertama saya, namun Allah memisahkan saya jauh dengan Cardiff, untuk satu perkara yang saya kira, melebihi kenikmatan segala apa yang ada di langit dan di bumi, sesuatu yang menjadi kunci ketenangan kehidupan, itu, saya rejuvenate apa itu Islam.
Kalau dulu, cukup sembahyang 5 waktu, puasa ramadhan, selang seli sunat isnin rabu sekali sekala, quran pun kadang2 berabuk baru hendak dibuka, berkelakuan baik dan tidak mendusta, saya kira cukup untuk melangkah dengan senang hati ke syurga. Tapi Manchester mengetuk pintu minda yang tak mungkin semudah itu untuk Allah menerima diri ini masuk ke syurganya. Apa yang terjadi sepanjang 3 tahun di perantauan, terlalu banyak untuk dicerita dan mungkin scroll mouse anda akan rosak jika saya menulisnya, atau anda akan jadi terlalu bosan dan terus menekan 'x' di hujung kanan sana.
Tapi cukuplah jika saya simpulkan, Islam itu lebih dari apa yang kita pelajari di bangku sekolah, sedangkan doa kita tak pernah berubah sejak dari sekolah menengah, apatah lagi pemahaman tentang Islam jika kita tidak dibuka diketuk digoncang iman sehingga membuat diri tertanya-tanya, siapakah kita? Apakah perihal sebenar satu kehidupan yang fana? Siapakah Tuhan? Ke mana kita akan berjalan mengikut arus masa dan zaman? Apakah masa silam hanya satu dongengan purbakala? Atau ia menyimpan sejuta pelajaran dan penghayatan?
Ya saya berjumpa Tarbiyyah. Satu perkataan yang dibenci selepas keluar sekolah menengah. Diri ini meronta-ronta ingin lari dari ke'sempit'an dan ke'purba'an agama. Ya bukankah Quran itu turun seribu empat ratus tahun yang lepas, apakah ia valid dengan modenisasi peradaban manusia kini? Atau ia hanya jadi sebutan ulangan pada malam Juma'at, atau hanya jika ada jenazah yang perlu dikapankan, atau hanya apabila sumpah ingin dijalankan, ataukah hanya apabila PAFA ingin disempurnakan?
Apa Quran ini sesuai dengan kehidupan remaja yang inginkan hiburan sepanjang masa? AH, ia tidak sesuai dengan jiwa kita. Apatah lagi agama yang mengongkong satu per satu aktiviti kita. Salahkah aku cuma ingin menyalurkan naluri seorang lelaki pada wanita? Allah ciptakan perasaan adam pada hawa sia-sia? Apa agama ingin buat aku jadi seorang yang bukan diriku? Persoalan-persoalan yang akhirnya banyak ditanam bawah bantal saat ingin tidur, dan dipikul semula saat bangun, tanpa kita mencari jawapan.
Perutusan JPA pada sayup Ogos 2006 itu meletak seri muka tak terhingga apabila tertera 'United Kindom'. Ah, inilah cita-citaku, yang berlalu dalam sekelip mata. Kini Ogos menjelma lagi, 5 tahun selepas berhempas pulas menangisi kerenah kehidupan seorang pelajar. Saat ini aku tertanya pada diri marhaen, apa kau dapat sepanjang perjalanan ini?
Jawabku mudah belaka, aku terima hidayahNya atas persinggahan aku di bumi Manchester. Ia menyapa lalu kusambut mesra, membahagia hidup yang dulu derita. Tarbiyah, dakwah itu cinta pandang pertama di sini. Walau ku ingin lari seketika, tapi hati tetap ingin kembali menuju Ilahi. Kerna pada diri kita ini ada fitrah yang menjunjung Maha Kuasa sebagai Tuhan dan kita cuma hambaNya.
Manusia akan silih berganti, datang dan pergi, datang dan pergi, datang dan pergi. Berlalu masa, berlalu hari. Berubah fasa, berubah diri. Kini tiba saat pemergianku dari sini. Ah, usah dicerita rasa hati. Pasti mengalir air mata berhari-hari. Kerana rindunya pada tempat ini, tempat aku mengenal diriku ini. Pemergian yang pergi tetap akan terus berpergian. Tiada menoleh, tiada terkalih. Kerna satu fasa berlalu, kini tiba fasa terbaru. Kala pemergian ini berlaku, kurakamkan sejuta penghargaan pada kehidupan, pada hamba-hamba yang menyentuh hati dan perasaan, memberi makna dan makan pada kehidupan.
Namun pemergian ini, adakah direnungi, adakah diredhai?
p/s: Ya Tuhan, aku harap Engkau terima amal dari kami, kerana Engkau tiada menyiakan satu amal pun dari hambaMu.
Rihammahsih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
tersangat menyentuh post ni. didoakan moga terus tsabat. kita jumpe d mlysia tauu
Aiman bin Jusri
p/s:rinduu gilaa dengan manc. especially lamb rib. hihi ;)
Semoga terus tsabat di jalan ini.
Bumi Manchester pasti merindui kamu.
-Akh Manchester-
Aiman..meh la dtg manchester lagi..
pintu sentiasa terbuka untuk antum
-akh manchester-
tempat yang jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat mula bergelumang dgn DnT...serius 4 years in manchester adalah tahun2 yang paling best dalam idup aku sebab benda ni..& final year adalah yang terbaik...
walaupun dah lepas setahun balik, kenangan ukhuwwah yg terbina itu tetap segar...sehingga mengalirkan air mata mengimbau kembali betapa indahnya saat2 itu...
tak bermaksud kat msia tak best...setiap fasa/masa.tempat ada kelebihan & sejarah tersendiri kepada kehidupan kita...
selamat menyambung perjuangan di Malaysia..kami menantimu...
Post a Comment