al-Harith ibnu Umair, utusan diplomat Rasulullah s.a.w. ke Rom di bunuh oleh Raja Busra, maka Allah memerintahkan Rasulullah menghantar tentera seramai 3000 orang yang diketuai oleh Zaid bin Harithah, Jaafar at-toyyar ibnu Abi Talib dan Abdullah ibnu Rawahah (mengikut turutan - hadith riwayat Bukhari) melawan Rom yang ketika itu kuasa dunia (ibarat USA hari ni).
Ketika melihat ramainya tentera yang Rom hantar, para sahabat r.a merasakan tidak logik untuk mereka menang. 3000 lawan 200,000!! Tak logik kan? Sahabat tak leh guna magik, bukan ada meriam ke missile launcher ke bom tangan ke time tu. Para sahabat kata kita kena tulis surat kepada Rasulullah, tak cukup ni nak lawan 200,000.
Abdullah ibnu Rawahah yang melihat mereka down, mengeluarkan kata2 yg lebih kurang seperti berikut, "Wahai kaumku, yang kamu takutkan itu (bilangan) adalah kematian, sedangkan kita datang jauh inilah tujuan kita, samada kita menang atau kita mati syahid. Kita berperang bukan sebab bilangan,tapi kita berperang kerana agama yg kita dimuliakan kerananya. Ayuh, maralah!"
Seorang demi seorang ketua tentera muslimin gugur, Zaid bin Harithah gugur, kemudian diikuti Jaafar at-toyyar, kemudian panji dipegang oleh Abdullah ibnu Rawahah. Abdullah ibnu Rawahah mengepalai serangan tentera seramai 3000 dengan sangat hebat dan akhirnya, gugur syahidlah Abdullah ibnu Rawahah dan panji diserah kepada pedang Allah iaitu Khalid al-Walid.
Bukan kemenangan perang Mu'tah itu yang ingin diceritakan tetapi sebuah cerita tentang Abdullah ibnu Rawahah ketika mendengar perihal seruan peperangan ini.
Menangis Abdullah ibnu Rawahah di riba isterinya sebelum keluar dari Madinah menuju perang Mu'tah. Isterinya yang turut menangis bertanya mengapa beliau menangis. Beliau menjawab,
"Wahai isteriku, Wallahi, aku sebenarnya tak ada langsung rasa cinta kepada dunia, kepada kesenangan ini yang aku rasa berat sangat untuk pergi berperang, tetapi aku teringat mendengar Rasulullah s.a.w membaca ayat dari Kitab Allah,
"Dan tidak ada seorangpun dari padamu, melainkan mendatangi neraka itu. Hal itu bagi Tuhanmu adalah suatu kemestian yang sudah ditetapkan. Kemudian Kami akan menyelamatkan orang-orang yang bertakwa dan membiarkan orang-orang yang zalim di dalam neraka dalam keadaan berlutut." (Maryam: 71-72)
Aku tak tahu samada apabila aku telah datang ke neraka itu, aku mampu berlepas diri daripada neraka itu ataupun tidak."
Ini kata-kata Abdullah ibnu Rawahah, sahabat Rasulullah s.a.w. yang hidupnya hanya untuk Allah, tiada sedikit pun rasa cinta pada dunia di hatinya dan pergi berperang sehingga menemui syahid.
Kita? Kita cuma buat solat 5 waktu, puasa, sedekah, amalan2 sunat sikit, baru ikut usrah sekejap, baru mula berdakwah sekejap, baru bawak 2 3 usrah dah rasa senang nak masuk syurga.
Sama-sama kita ke depan cermin, dan lihatlah wajah masing-masing. Tanya diri kita satu soalan yang tersangat penting, apakah dengan keadaan kita sekarang, kita mampu berlepas diri dari api neraka?
...
(click utk lagu)
Pabila terasa, diawasi Tuhan
Rasa berdosa setiap masa,
Rasa hina diri, dengan Tuhan
Rasa bersyukur dengan nikmatNya
Segala-galanya untuk Tuhannya
Jiwa derita dengan dosa
Hati rasa kurang amal padaNya
Itulah hakikat sifat kehambaan
Bahagia....
Rasa berdosa setiap masa,
Rasa hina diri, dengan Tuhan
Rasa bersyukur dengan nikmatNya
Segala-galanya untuk Tuhannya
Jiwa derita dengan dosa
Hati rasa kurang amal padaNya
Itulah hakikat sifat kehambaan
Bahagia....
No comments:
Post a Comment