Wednesday, March 24

Aku Penzina.

From: Nonie R Dato' Hj Azman
To: mcot@yahoogroups. com; kmutengah@yahoogrou ps.com
Sent: Wed, March 3, 2010 4:21:21 AM
Subject: Re: [mcot] Isu semakin menjadi-jadi di Malaysia

 

Assalammualaikum. ..

Nak menyelah sikit..hari ini front page Harian Metro, seorang ustazah bertudung labuh ditangkap berkhalwat dengan bekas rakan sekolah sementara suaminya seorang ustaz juga sedang mengerjakan Umrah di Mekah....Mereka juga menyatakan pernah terlanjur beberapa kali.  Ini semua terjadi kerana si isteri tertekan dengan tindakan suami yang berpoligami (fakta : poligami diatas kerelaan isteri)...

Ini terjadi kerana? Subhanallah. ....

Wallahualam. ..

Salam Perjuangan Daripada Cik Puan Nonie Azman
Untuk Agama, Bangsa & Negara
Alumni MMU & Old Birley Street 2008


**mcot yahoogroups adalah penghubung bicara antara ahli-ahli Malaysian Community of Old Trafford (MCOT) di Manchester mahupun bekas-bekas graduan di Manchester.


Ini email reply saya kepada persoalan di atas.

kesal. sedih. semua ada. tak kira la bertudung ke tak bertudung ke.

manusia memang perosak. betul la malaikat cakap dlm al-baqarah ayat 30.

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".

Manusia tu sangat suka melakukan kerosakan dan menumpahkan darah. Allah cakap Aku tahu apa yang kamu tak tahu. Allah menyambung ayat tu dengan mengajar Nabi Adam tentang kehidupan. Dan Allah tanya balik malaikat, "Ha, gane? Mu bole ulang balik dok ape ye mu sebut sebelum Aku cipta Adam dlu?"

Malaikat kata, Maha Suci Allah, kami hanya tahu apa yang Kau ilhamkan pada kami saja.

Nak kata kat sini, apa yang Allah ajar kepada Adam adalah wahyu. Dan segala wahyu dari Allah adalah Islam. Maka, dengan apa yang Allah ilhamkan pada kita saja lah yang dapat menyelamatkan kita daripada melakukan kerosakan dan pertumpahan darah.

Cuba luaskan skop kita.

Perang di Afghan dan Iraq and its aftermath. Killings, robberies, raping mcm rutin harian. Perampasan kuasa di Palestin. Anak2 dan wanita dijadikan target. Perebutan tanah di Kashmir, bangsa digadai, agama diketepikan. Pergolakan di selatan Thai. Sama melayu, tapi tak ambil pedulikan. Abortion sesuka hati di Amerika demi mengurangkan kadar jenayah (it works, really). Dadah/ganja/ heroin/syabu dsb yang halal di Brazil, cuma perlukan duit. Seks yang ditayang free di internet memboilkan kerakusan nafsu serakah lelaki dan wanita yang mencari kepuasan seks. Genocide/ethnic killing di Iraq/Kashmir dan di macam2 lagi tmpt. Yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin menderita. Pergaduhan Syiah Sunni yang tak habis2 sejak drpd zaman Khulafa Ar-Rasyidin, corruptions yang menggila di setiap institusi pemerintahan di dunia. Penindasan atas negara2 Miskin oleh UN/World Bank. Yahudi yang menguasai seluruh pelusuk dunia/mengatur hidup manusia di atas bumi ini dengan menerapkan kewajiban kepada Sport Sex Music Money Food Fame.

Seriously, sapa yang tak rasa apa-apa tentang what's happening in this world mesti ada something wrong or he/she is just ignorant.

Dunia dah gila. It's never a safe place. Risau kita nak lepas anak2 jalan sniri takut kena culik, kena rogol, kena pukul pijak sampai mati. Sebab apa?

Sebab kita tak berpegang kepada Islam sebagai sistem yg mengatur kehidupan. Sebab malaikat dah cakap, manusia mmg akan melakukan kerosakan, kecuali yang berpegang pada wahyu Allah iaitu Quran dan Sunnah.

Macam banyak kali Dr MAZA cakap dalam ceramah dia, dan banyak2 ulama'2 dan ustaz cakap, kembali lah kepada Islam. kembalilah kepada Islam. kembalilah kepada Islam.

Semua orang kena kembali kepada Islam, baru dunia ini aman dan tenteram, baru dunia ini selamat dan sejahtera. Semua kena, walaupun tak anut, tapi kena adhere to Islam sebab Islam je d only way to be safe.

Selama ni manusia bereksperimen dengan ISM ISM (Capitalism, Sekularism, Komunism, Hedonism, Sosialis) dan banyak lagi falsafah2 Greek dan Yunani yang dianggap betul dan boleh make a world a better place dipegang oleh manusia2 yang memegang dunia sekarang untuk mengatur kehidupan mereka. It will not works. You're not a god utk cipta sistem kehidupan manusia. Akal manusia is limited. Allah cipta manusia so He knows what's good and what's bad for us. Still we are so ignorant astaghfirullahalazi m.

Islam je cara utk kita selamat. Timbul persoalan. Islam tu apa? 1.2 billion people anut Islam, still Islam dikecam dan dihina. Apa yang tak kena?

Ada hadith famous (boleh cari sendiri) pasal penyakit 'wahan'. Cintakan dunia dan takutkan mati. This is the root to all of the problems in the world dan Nabi S.A.W. dah predict benda ni dulu lagi.

Kenapa 'wahan'? Sebab manusia tak 'Islam'. Apa itu Islam? Islam is submission to Allah. Menyerah diri kepada Allah.

Ala, macam kita cinta kat si X ni, kita serah diri segalanya untuk dia. Bangun pagi, call dia, sebelum mandi, call dia, sebelum solat, call dia, lepas solat, call dia, sebelum gi skolah, call dia. Bila lambat mesej, die mrajuk, kita pujuk dia, pastu lunch sama2. Pastu hangout hujung minggu. Hari-hari dipenuhi dengan dia. Dan hari-hari kita diserahkan utk dia, kredit2 hp, tenaga2, perkataan2 yang keluar dari mulut, idea2 yang bernas dikeluarkan untuk menarik hati, membahagiakan si dia. Bila besday dia, kita berperah otak pk nak bagi apa kat dia supaya dia sangat gembira. Sedih kita ialah bila berlaku masalah dengannya. Gembira bahagia kita bila dapat bersama dan berhibur dengannya. Dapat tengok dia senyum pun dah cukup.

Setuju tak kita menyerahkan hidup kita pada si X tu kan?

Sama la seperti Islam = menyerah diri pada Allah ni. Kita bangun pagi sebab Allah. Kita belajar kerana Allah, apa-apa yang kita buat, kita consider semua benda sebab tak nak Allah merajuk, marah dengan kita. Pagi2 kita bangun, kita call Allah(solat) . pastu kita lunch, kita teringat Allah, kita pun call Allah (solat zohor) lagi. Dan seterus2nya. Sedih kita adalah bila kita buat dosa dan buat murka Allah dan bahagia kita adalah bila kita membuat kebajikan dan amal soleh sebab kita tahu kita dapat pahala drpdNya.

Ok, pastu kita argue, yes kita solat, kita puasa, kita tak buat dosa, kita buat amal soleh. Tapi kenapa masih tak cukup.

Bila kita associate si X dengan someone else, apa jadi? Kita ada affair dengan si Y, kita minat si Z. Apa yang akan jadi? Haru biru kan?

Sama la dengan kita. Bila kita associate Allah dengan memuaskan nafsu sendiri. Kita mengejar kekayaan, mengejar pangkat, mengejar fame, mengejar keseronokan hidup, pastu kita pun mengejar syurga Allah jugak. Sama la kes dengan kita nak X, tapi kita nak Y jugak, dan kita nak si Z dan si W jugak. Caca merba jadinya.

Dan nauzubillahiminzali k, bila cinta pada si Y, si Z dan si W itu lebih drpd cinta pada si X. Kita takkan mampu berfikir straight lagi, kita akan menyimpang dan sanggup buat macam2 demi si Y, si Z dan si W. Dan dari situ datangnya maksiat, dari situ datangnya ustazah yang bersuamikan ustaz melakukan hubungan zina dengan lelaki lain. dari situ datangnya kehancuran dunia sekarang ni. sebab kita mementingkan nafsu diri sndiri (kekayaan, keseronokan, fame dsb) lebih drpd Allah, maka akal kita akan menidakkan larangan Allah dan meng yes kan kemahuan diri.

Maka terjadilah penyakit wahan. Bila dunia itu dicintai sehabis2nya. Lupa dunia hanya sementara cuma.

Maka, seperti seruan alim ulama' dan dai'e2 di atas dunia ini, kembalilah pada Al-Quran dan Sunnah. 

"Kembalilah pada Allah. Kembalilah pada Allah. Kembalilah pada Allah."

Az-Zumar : 53&54

Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi). 

2 comments:

Bujang_AlFongsuri said...

hanya dengan berpegang pada tali Allah, manusia akan selamat

Siti Syazwan said...

terkesan di hati. amat;) terima kasih