Thursday, November 20

Bulan dan Matahari

Terang malam bernaungkan purnama,
Semakin membulat purnama,
Semakin kurang kelam malam,
Tanpa litupan awan-awanan,

Lalu terus kita sadar,
Purnama memantulkan cahaya,
Yang diterima dari sang matahari,
Yang nampak di hari siang.

Marilah jadi sang matahari,
Bercahaya sentiasa tanpa leka,
Walau dihalang putaran bumi,
Masih memberikan sinarnya.

Marilah jadi sang purnama,
Walau tiada kuasa dan daya,
Masih cuba memantul cahaya,
Walau sinarnya sehalus tinta.

Ayuh bangunlah jangan alpa,
Dunia ini penuh fantasia,
Ayuh bangkitlah jangan lupa,
Akhirat itu tujuan kita.

4 comments:

zaffankhalid said...

salam

encik..ni kak zaffan notts..if u still remember me la..

yg buat archi juga...

hows manchester? hows archi? fall in love already? hehe...

ganbatte

bijen moretti said...

ahoyy..
nais nais..
=D

pseudotherathosa apophysis said...
This comment has been removed by the author.
yarn said...

lawa.