Thursday, November 20

After Eight

Teringat Afiq Khazar dan Abdullah Hassan bercerita lepas bermain ragbi tempohari.

" Kita main ragbi ni harap-harap bukan sia-sia dan insyaAllah niat kita merapatkan silaturrahim sesama kita diredhai Allah", kata Hassan.

" Kadang-kadang kita rasa susah nak relate aktiviti harian kita dengan ibadah. Berapa lama masa kita allocate untuk mengingati Allah sehari semalam? Takkan masa sembahyang fadhu je? Kita kena ingat Allah dalam apa sahaja yang kita buat. Berapa orang tadi yang sebelum main ragbi baca bismillah?" Sampuk Afiq.

Pertanyaan-pertanyaan tadi harus kita jawab bukan sahaja sekarang tapi apabila dihisab Allah di akhirat kelak. Allah bagi kita 24 jam ( 1440 minit, 86400 saat) sehari semalam, tapi masih kita rasa tak cukup, (termasuk tukang taip ni sendiri) tak ada masa nak study, tak cukup masa nak pergi program, tak cukup masa tu, tak cukup masa ni. Sedangkan apa yang Allah buat, tak pernah salah sebab Dia yang menciptakan kita, tak mungkin Dia salah dan yang pasti, kita yang salah.

Persoalan tentang masa ini banyak ditekankan ketika di bangku sekolah rendah lagi.


Surah yang biasa kita baca dan dengar dalam mana-mana ceramah tak kira agama/motivasi tentang penggunaan masa. Semua orang yang rasa diri dia Islam insyaAllah tahu maksud 3 ayat dalam surah ni.

Manusia berada dalam keadaan rugi.

Siapa yang rugi?

Mereka yang tidak beriman serta mereka yang tidak berpesan-pesan kepada kebaikan.

Kenapa rugi?

Sebab...jawapannya ada dalam lagu Raihan - Demi Masa, yang diinspirasi daripada Surah Al-Asr dan juga hadith sahih riwayat Muslim.


Adakah kita bersedia?

Adakah kita sebahagian daripada golongan yang rugi?

Bagaimana jawapan kita di akhirat kelak?
Bukan boleh dalih-dalih dah masa tu.
oh, sori Allah, masa tu aku busy buat coursework.
oh sori Allah, aku tertinggal sembahyang sebab aku nak siapkan essay.
oh sori Allah, aku terlepas subuh sebab aku stay up siapkan model bangunan.
oh sori Allah, masa tu aku sibuk bermain PSP/PS2/PS3/iPhone.


Boleh ke bagi jawapan macam tu?

Tak boleh.

Masa tu mulut akan ditutup dan anggota badan akan bercakap untuk kita, samada membela diri kita ataupun mendakwa diri kita.

Gunakanlah masa hidup yang pendek ini untuk mencari keredhaanNya.

Renungkanlah kata-kata kawan saya di Sheffield ini,

"

Melihat yang tersirat disebalik yang tersurat

Jika kita lihat perjalanan kehidupan kita, semasa kita lahir kedunia. Ayah kita akan melaungkan Azan keatas kita, dan kemudian Iqamah dibacakan keatas kita. Maksudnya kita telah di’Azan’kan dan kita telah di’Iqamah’kan. Satu perkara yang belum lagi dilakukan ke atas kita adalah meng’takbiratul ihram’kan kita. Yakni solat jenazah keatas kita.

Semestinya senggang masa antara Iqamah dan takbiratul ihram itu tidak panjang. Dan senggang masa itu adalah kehidupan kita. Jadi sepanjang nyawa kita dikala hidup ini tidaklah panjang, hanyalah sekadar tempoh masa di antara Iqamah dan Takbiratulihram.

Hidup sementara

Oleh itu apa yang kita isi dalam kehidupan kita yang terlalu singkat ini? Adakah kita penuhi hidup ini dengan keinginan nafsu yang tak akan pernah puas. Atau kita kembali kepada tujuan kita dijadikan Allah dimuka bumi ini yakni untuk mengabdikan diri kepada-Nya, Tuhan yang memberi nikmat hidup ini.

". Sheffield, UK.

Kata-katanya diharap sedikit sebanyak dapat memberi impak kepada kita.

Ambillah yang jernih, jangan buang yang keruh, sulinglah yang keruh tu seperti mana yang dipelajari oleh Sheikh Ahmad Deedat (semoga Allah merahmati beliau) daripada Sheikh Saadi.

Almarhum kata, " make use of other people's mistake, if they make certain mistakes, I wont do that". Katanya lagi tentang Sheikh Saadi, " He(Sheikh Saadi) was asked, where did you learn all this good manners from? He said, "I learn this from the unmannerly". So you he said if I see in others man is not right, no I won't do it".

Semua benda di dunia ini insyaAllah akan bermakna jika dilihat dengan hati.

Balik kepada tajuk, apa-apa pun yang kita buat, niat tu paling penting. Sembahyang kita tak dikira jika kita tak berniat (bukan lafaz niat). Tetapi perlu diingat, niat tak menghalalkan cara.

Maka gunakanlah masa (bukan masa je, 5 perkara tu) untuk mendapatkan keredhaannya.

Sekian, wallahualam.

Salam.

p/s: Beli iPod Touch pun boleh bawa kepada keredhaanNya insyaAllah. :)


3 comments:

Ultraman Taro said...

Kehidupan kita ni tak lain tak bukan perlu bertunjangkan Allah Taala.

Terima kasih atas peringatan yang diberi.Semoga sentiasa dirahmati-Nya.

tmactothemax said...

Jazakumullah khairan kathira for the reminder. Hidup kita ini tak lain tak bukan hanya untuk melakukan tanggungjawab yang di suruh oleh-Nya. Marilah kita sama-sama muhasabah diri kita inshaAllah.

Ezekiel said...

jzkk for the short/long reminder...
semoga bermanfaat kepada pembaca dan diri sendiri. buatlah apa sahaja aktiviti yang kita suka, asalkan senantisa membawa kita dekat kepada-Nya, membawa kepada keredhaan-Nya, inshaAllah