Ketenangan itu ada dalam setiap perkara yang kita damba. Mereka yang suka bersosial, bila bersosial akan tenang. Kita yang suka bercinta, rasa bahagia bila bercinta. Lelaki yang gila harta, pasti akan menjumpai ketenangan dalam harta-hartanya itu. Wanita yang damba the perfect look, pasti akan merasai kepuasan bila mendapat pujian. Tetapi, semuanya itu hanyalah sekelumit cuma dari ketenangan yang sebenar. Kerana semua orang yang suka bersosial, yang suka bercinta, gila harta, ingin kelihatan cantik, kamu dan juga aku, semuanya hakikatnya adalah manusia cuma, manusia itu ultimately bukanlah mencari rakan sosial, pasangannya, harta benda, kecantikan tetapi semuanya itu jalan untuk mendapatkan ketenangan yang kecil.
Fitrah penciptaan manusia ialah mereka dicipta Raja sekelian alam ini dan pastinya berbillion-billion manusia ini mempunyai satu ciri yang sama iaitu lahirnya mereka adalah dalam fitrah, suci daripada anasir2 luar. Dambaan manusia pada fitrahnya hanyalah Allah dan ketenangan manusia itu hanyalah lahir pabila dia mendekati Allah.
Allah berfirman, ala bidzikrillahi tatmainnal qulub. Ketahuilah, hanya dengan mengingati Allah, hati itu akan tenang.
Allah dengan Maha Pemurah dan Maha Penyayangnya memberi kita Islam, walaupun sebagai Pencipta, hakNya untuk memberi atau mengarah kita melakukan sesuatu yang tidak membawa manfaat pada kita walau sedikitpun. Dengan Islam itu, kita akan beroleh ketenangan. Islam tidak dapat tidak mampu ditranslate kepada satu perkataan yang membawa erti yang sama, namun Islam itu mungkin boleh dimaksudkan seperti ini:
One that surrender and submit to Allah with great obedience and sincerity, then only he'll gain peace in his heart.
Surrender means menyerahkan segalanya hanya pada Allah, kerana Allah sebagai Pencipta layak disembah dan dipatuh, bukanlah manusia lain atau nafsu sendiri.
Submit maknanya kita menyerah diri untuk mengikut ajaran Allah iaitu Al-Quran dan as-Sunnah dengan obedience, taat dengan segala arahan dan perintahNya serta rasul utusanNya.
Sincerity, keikhlasan itu tidak dipaksa. Kita hanya boleh mengajak, menasihati, dan membimbing tapi segalanya terletak atas dirimu sendiri, untuk mendengar atau tidak, untuk melakukannya atau tidak. Ikhlas bermakna, segalanya dilakukan hanya untuk Allah, bukan untuk kepentingan duniawi.
Lastly, manusia itu akan merasai ketenangan yang teramat hebat. Rasulullah menyebut org mu'min ini sebagai 'ajib, maksudnya amazing, dan seangkatan dengannya kerana datang badai datang ribut, mereka akan berkata alhamdulillah 'ala kulli hal, segala puji pada Allah atas segala perkara.
Jika ketenangan itu yang kau cari wahai manusia, carilah ia dalam Pencipta kerana disitulah ketenangan di dunia dan selepas matimu.
Rihammahsih.
No comments:
Post a Comment