Wednesday, August 17

Pemergian (Hari Terakhir di Manchester)







Rabu - 17/8/2011


Hari ini saya balik ke Malaysia, meninggalkan Manchester, yang menjadi tempat seribu kenangan serta pengajaran. Manchester, asalnya saya tak hendak pun ke sini, sedia maklum, Cardiff merupakan pilihan pertama saya, namun Allah memisahkan saya jauh dengan Cardiff, untuk satu perkara yang saya kira, melebihi kenikmatan segala apa yang ada di langit dan di bumi, sesuatu yang menjadi kunci ketenangan kehidupan, itu, saya rejuvenate apa itu Islam.

Kalau dulu, cukup sembahyang 5 waktu, puasa ramadhan, selang seli sunat isnin rabu sekali sekala, quran pun kadang2 berabuk baru hendak dibuka, berkelakuan baik dan tidak mendusta, saya kira cukup untuk melangkah dengan senang hati ke syurga. Tapi Manchester mengetuk pintu minda yang tak mungkin semudah itu untuk Allah menerima diri ini masuk ke syurganya. Apa yang terjadi sepanjang 3 tahun di perantauan, terlalu banyak untuk dicerita dan mungkin scroll mouse anda akan rosak jika saya menulisnya, atau anda akan jadi terlalu bosan dan terus menekan 'x' di hujung kanan sana.

Tapi cukuplah jika saya simpulkan, Islam itu lebih dari apa yang kita pelajari di bangku sekolah, sedangkan doa kita tak pernah berubah sejak dari sekolah menengah, apatah lagi pemahaman tentang Islam jika kita tidak dibuka diketuk digoncang iman sehingga membuat diri tertanya-tanya, siapakah kita? Apakah perihal sebenar satu kehidupan yang fana? Siapakah Tuhan? Ke mana kita akan berjalan mengikut arus masa dan zaman? Apakah masa silam hanya satu dongengan purbakala? Atau ia menyimpan sejuta pelajaran dan penghayatan?

Ya saya berjumpa Tarbiyyah. Satu perkataan yang dibenci selepas keluar sekolah menengah. Diri ini meronta-ronta ingin lari dari ke'sempit'an dan ke'purba'an agama. Ya bukankah Quran itu turun seribu empat ratus tahun yang lepas, apakah ia valid dengan modenisasi peradaban manusia kini? Atau ia hanya jadi sebutan ulangan pada malam Juma'at, atau hanya jika ada jenazah yang perlu dikapankan, atau hanya apabila sumpah ingin dijalankan, ataukah hanya apabila PAFA ingin disempurnakan?

Apa Quran ini sesuai dengan kehidupan remaja yang inginkan hiburan sepanjang masa? AH, ia tidak sesuai dengan jiwa kita. Apatah lagi agama yang mengongkong satu per satu aktiviti kita. Salahkah aku cuma ingin menyalurkan naluri seorang lelaki pada wanita? Allah ciptakan perasaan adam pada hawa sia-sia? Apa agama ingin buat aku jadi seorang yang bukan diriku? Persoalan-persoalan yang akhirnya banyak ditanam bawah bantal saat ingin tidur, dan dipikul semula saat bangun, tanpa kita mencari jawapan.

Perutusan JPA pada sayup Ogos 2006 itu meletak seri muka tak terhingga apabila tertera 'United Kindom'. Ah, inilah cita-citaku, yang berlalu dalam sekelip mata. Kini Ogos menjelma lagi, 5 tahun selepas berhempas pulas menangisi kerenah kehidupan seorang pelajar. Saat ini aku tertanya pada diri marhaen, apa kau dapat sepanjang perjalanan ini?

Jawabku mudah belaka, aku terima hidayahNya atas persinggahan aku di bumi Manchester. Ia menyapa lalu kusambut mesra, membahagia hidup yang dulu derita. Tarbiyah, dakwah itu cinta pandang pertama di sini. Walau ku ingin lari seketika, tapi hati tetap ingin kembali menuju Ilahi. Kerna pada diri kita ini ada fitrah yang menjunjung Maha Kuasa sebagai Tuhan dan kita cuma hambaNya.

Manusia akan silih berganti, datang dan pergi, datang dan pergi, datang dan pergi. Berlalu masa, berlalu hari. Berubah fasa, berubah diri. Kini tiba saat pemergianku dari sini. Ah, usah dicerita rasa hati. Pasti mengalir air mata berhari-hari. Kerana rindunya pada tempat ini, tempat aku mengenal diriku ini. Pemergian yang pergi tetap akan terus berpergian. Tiada menoleh, tiada terkalih. Kerna satu fasa berlalu, kini tiba fasa terbaru. Kala pemergian ini berlaku, kurakamkan sejuta penghargaan pada kehidupan, pada hamba-hamba yang menyentuh hati dan perasaan, memberi makna dan makan pada kehidupan.

Namun pemergian ini, adakah direnungi, adakah diredhai?


p/s: Ya Tuhan, aku harap Engkau terima amal dari kami, kerana Engkau tiada menyiakan satu amal pun dari hambaMu.

Rihammahsih

Saturday, August 13

Hari Yang Macam-Macam



Jumaat, 12/8/2011

alhamdulillah. :) macam2 hari ni.. nak siapkan final sheet tu, komputer pulak buat hal, disk c dah penuh, terpaksa restart dua 3 kali, lepas siap, dengan ngantuk2nya, keluar pukul 930 pagi, salah ikut pintu sbb chatham tengah renovate, patah balik ikut masuk ikut grosvernor building. sampai2 komputer lembab super startup, 15 minit baru on. tengah2 nak print, printer jam 3 kali, dah la ada satu je printer colour tu, dah habis 60 pound, tambah lagi duit, print tracing paper pulak, habis keluar je, yg print colour tu pun keluar satu-satu. (60+25 pound), bersepah2 kertas dengar kertas hitam celah plastic sleeves tu lagi. dekat 3 jam lepas tu baru siap susun sheets. sebab takde Ahmadkhairul Sabirin tolong susun, dekat 45 minit menyusun saje. pastu nak hantar, jadi konfius, baca dekat internet kate grosvernor building, hmm yg dekat precint tu ke eh? konfiden. tapi dekat coursework receipt sheet ni tulis studio hand in, dah keluar ke jalan besar, patah balik kendong 60 helai a1 (ade dekat 12 kilo kot sampai patah satu pemegang nak angkat haritu) naik tingkat sampai 3 (lif tutup), rase mcm pelik, berdebu-debu (dah la alah/alergi dengan debu ni) tiba-tiba dengar 2 orang naik, tanye la, ofis atas bukak ke? diorang gelak je, die kate 'tutup la dik, ade construction worker je kat atas'. thanks. so turun la balik terketar2 mata ngantuk dah 24 jam tak tido, turun-turun bawah, dah pukul 1.10, haih. semayang jumaat ni. cepat la hantar portfolio, so jalan la pegi dekat coursework receipting office tu, die cakap kt grosvernor building. die ckp keluar jalan besar. terusss je. belok kanan. hmm, tu macam dekat precint, ye kot, die kate across park sikit, jalan la kendong pelan2 (tak pelan jugak sebab nak kejar solat jumaat) jalan jalan2 'ketuk' belaga beg portfolio besar tu dengan jalan. jalan2 lagi, 'ketuk' berlaga lagi. haih abih punah sat ni portfolio ni. sampai2 precint tu, pk la, mane ye, nampak map. (haha. 3 tahun dok uni manchester pun tgk map lagi..haiyo) tapi terpaksa la tengok, nak tanye segan. dah la dengan beg besar ni lagi. dekat map tu tengok la satu2 nombor dari satu sampai la 90 lebih bijik bangunan dekat map tu. takde pun. ulang balik dari no 1. grosvernor hall of residence ade la. hmm.. ade kat atas precint ni kot, panjat la eskalator tu tanye abg cina jual baguette depan tu (thanks. puasa, lapar, penat, ngantuk, takde tenaga semua ada, nampak baguette pulak kan) 'bang, kat mane grosvernor building?' hmm 'cing cong cing cong' cakap dengan wife die, 'try hang pi kat library tepi tu, kat situ ada map' map? huhu, tadi dah tengok dah, tak pa la bang, pi la library dukung portfolio gedabak ni. sampai je dekat library, org tu pelik, 'gros ver nor?' die bukak map, 'o, grovenor' (aduih, apa la pi pronounce 's' buat segan je) die kate tu, try pegi dekat hall tu. kat situ kot, pusing la turun tangga, lintaih jalan. tak tengok jam masa tu, dok risau smayang jumaat. dan2 sampai dekat grosvernor hall, tanya lagi makcik comel tu, 'hmm.. grosvernor building.. jalan ni jalan grosvernor. ni bangunan mmu ka?' 'hmm, ye la kot. tah tak sure, tapi kena hantar portfolio ni dekat grosvernor building lah makcik' 'hmm, try jalan,.. jap makcik keluar dari ofis ni jap. i'll show u. ha nampak jalan ni? ikut je..sampai traffic light, belok kanan, dekat hujung park tu ada bangunan mmu, adik hensem try tanye kat situ' oh ok makcik. terima kasih. jalan la pelan2 dengan pakai jaket kulit tiruan tu, berpeluh2 dah ketiak ni. serius penat. jalan2 sampai dekat bangunan mmu, art punye building. masuk tanye la pakcik separa botak tu, 'cik, tumpang tanye buleh dok, ambo nok gi grosvernor. acik tahu dok grosvernor mano?' 'oh, grosvernor, keluar pintu ni, belok kiri, jalan, lepas tiang lampu, ada jumpa tangge, naik situ. ha situ la grosvernor building'. tibe2 tpk, eh tu tmpt dok jalan pi school tadi, sbb jalan gf tutup, kena masuk ikut 1f lalu jejambat dari grosvernor. 'lailahaillallah.' tersenyum lebarrrrrrrrrrrrrrrrr sangat menggelakkan diri sendiri. macamane la tak sedar dok lalu tiap2 kali pegi kelas. sampai2 je pukul 1.56 ptg, tutup pukul 2, alhamdulillah, akak tu sgt helpful, lagi 4 minit je nak lewat. walaupun niatnye nak pegi siapkan cecepat, hantar awal2 teman Ahmad Khalis Nazib pegi masjid salford, kutip derma utk palestin under interpal, last2 dengan semayang2 jumaat sekali terlepas. astaghfirullah. tapi nak buat macamane. lepas hantar je, terus tak tau nak rase ape. rase bsalah ade sbb tak gi jumaat, rase tak betul pun ade sbb tak perasan, rase hepi pun ade sbb dah habis, rase nak pitam pun ade, bepeluh2 menggila dah, sampai rasa tekencing sikit dlm seluar. (haha. korang caye ke?) tapi paling rase sekali, bersyukur sgt2 Allah bagi jalan jauh jauhhh tetengah panas bulan puasa yg 18 jam siangnya, dan bersahurkan biskut dan segelas rubicon mango. bersyukurlah, rase lega. hati stret nak pi mesjid tepi tu, tapi dah takleh gune sluar ni (korang caye tak ni?) terus balik beli megarider, sampai2 rumah je, naik bilik air atas berendam dalam tab (hoi puasa lah, mane boleh berendam!) ok, tak berendam, mandi je. sekarang, tengah tunggu nak tertidur. kahfi dah bace belum? Allahua'alam. :)

Hari yg macam2,
Hisham.
p/s. alhamdulillah. 

Tuesday, August 2

How Is Quran Miraculous? (Part 2)

sambungan dari Part 1

Okay so I waited and waited for someone to take a wild guess on the poet but no one did (it's okay, I don't take heart), so here goes;


One poet praised on how generous he is in giving charity, but his wife said to him, 'ya habibi, we're bankrupt, we don't have money, we don't have food, what are you talking about?' He turned to his wife and replied in poetry,

"Fasailu harbun 'ala makanin 'ali" (translated: Heavy rains doesn't get along with a house on top of a hill)


'Heavy rains doesn't get along with a house on top of a hill', what's that have to do with being charitable? Okay, picture a house on top of a hill, and its raining. Provisions, ni'mat, they all comes from the sky. Does the water stays on top of the hill or it runs down to the foot of the hill? Of course the water runs down to the foot of the hill, and fed the people who lives there.

In this world, there are two categories of people, the lowly people, and the highly people. The highly people which is closer to the sky (closer to God), and those lowly people were the worldly people. The provisions don't stay with the people on top of the hills, because the water runs down to the worldly people, and it stays there in the forms of river, lakes, etc. 

So the richer people are actually lowly, whilst the poet, is highly people, because he kept giving charity until there're no money left of him. He meant all of these by just saying 'heavy rains doesn't get along with a house on top of a hill'.

That's how beautiful their spoken words, poems, riddles were (mind you, these are spoken, not something you thought long and hard, then come out with such beautiful stuffs). Nouman Ali Khan (NAK) said that this happens for a reason. A reason that Allah made as a setup for his final Messenger to deliver His Words.

Arabs, or ancient arabs I should say, long before they discover oil, they were hanging out in the desert, what do you have in the desert, if I may ask? Nothing kan? So at times of Rasulullah, there are two superpowers in the world, that is the Persian Empire and the Roman Empire, and the nature of an empire is that it will always try to expand its power, its influence, and wars after wars happened between these two empires but they 'tak hingin sikit pun' to disturb the Quraisy people.



Therefore, this long seclusion, happens to lead to the development of their language. The ancient Arabs have high imagination because they do not see anything other than sands, sky, stars, and camels. A good imagination is one that don't bersangkut paut with the things that around you, if not, you can say, 'alah, bosan la cerita kau, lapuk la.' But the ancient Arabs do have good imaginations, that's why they could come up with such idioms. and do you know that they could describe rain in 1000 words, another 1000 for camel, etc2.

As explained in Part 1, they were critical about it and took their language seriously and this is never child play. Any nation or states will always have something to be proud of (pride of the nation e.g. Malaysians have the best food in the world, China have the most population in the world etc2) so, the Quraisy were very proud in their language.

So arab language hit its peak at times of Jahiliyyah, only 100 years later, after globalisation, the language has differ a lot. Ye lah kan, if you are a Kelantanese, and you've been exposed to KL for long time, sometimes you can lose your slang. A Kelantanese who lives 50 years in KL, compared to a Kelantanese who lived all his life in Pasir Mas or Jeli (ceruk2 tu), of course his language/words/slang might have lost. Same thing happens with the Arabic language, it loses the essence and the richness so much so that an Arab cannot understand spoken words riddles idioms of ancient Arabs, unless they study the Quraisy's Arabic thoroughly.

That explains why the Arabs, although the Quran is in arabic, they still cannot understand it properly, because if they do, they would have bowed down when they heard the ayat of sajdah (like the Quraisy do - happened in some narrations). Even the leaders who are egomaniac, can't help but to cry in front of their people because the words touches the heart.

Fuh, panjang. So, what I'm trying to say is, as the language hits its peak, Rasulullah comes and spoke words that buat diorang terkedu bisu seribu bahasa, words that they cannot reply to, things they cannot dealt with, that they cannot argue with. 

Nak contoh?


Tunggu part 3. Heheh. (Tulis panjang2 nanti bosan pulak kan?)

Anyway, one more quiz, in surah al-Hajj, ayat 31, Allah said;
وَمَن يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَكَأَنَّمَا خَرَّ مِنَ السَّمَاءِ فَتَخْطَفُهُ الطَّيْرُ أَوْ تَهْوِي بِهِ الرِّيحُ فِي مَكَانٍ سَحِيقٍ
Barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.
What do you think Allah meant by these 3 things? (These are the ancient Arabs sayings originally)

What's mempersekutukan Allah have to do with jatuh dari langit lalu disambar burung and terbang ke tempat jauh?



Selamat Berramadhan :)