Thursday, September 29

Duhai Dhuha

Sikunir, Dieng, Indonesia.


“hari silih berganti,
matahari pasti membenam sekejap lagi,
kicau burung hanya tinggal sepi,
yang hidup pasti bertemu mati,
si pelupa pastinya rugi,

muka baru akan diselak meninggal kelmarin yang bermuram durja,
kasih diberi bak cahaya pagi disia semesta alpa lupa.

duhai dhuha,
esok pastikah kau menunggu ketibaanku,
ataukan hilai tangis mengiringi,
pemergian manusia bernama hamba.”


Duhai Dhuha
Rihammahsih, 2011


Wednesday, September 28

Air Mata Hamba



tangisilah dosamu kerana itu satu tanda keimanan, bila manusia tak bisa mengelak dari berdosa, ia diberi peluang untuk bertaubat. kerana taubat itu suatu yang sangat indah, bagi mereka yang mencari kebahagiaan. sungguh, Allah itu tak pernah kejam walau sedikit pun, setiap perkara ada hikmah, setiap langkah ada barakah. carilah Tuhan kerana Dia tak pernah mengecewakan orang yang mencariNya.




Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).
(Zumar:53&54)

Yang Terpatri

yang tertawa kemudian ia diam sendiri,
yang mengarah kemudian ia dipijakmati,
yang mengelar kemudian ia dikelar beribu kali,
yang melihat kemudian ia menangis berbaldi,


yang mati kemudian ia bangun tertawa tak henti.


Palestin, kemenangan kau dah terpatri.






Rihammahsih, 2011

Sia-Sia






yang tengkujuh pasti berlalu, 
si terngadah pasti mengaku, 
dalam diam dirobek satu persatu, 
menanti tiba kepuasan, tertipu.

lembar kehidupan terus diselak,
antara sedar mahupun tidak,
mengadu rindu seusang teratak,
menunggu leteran seorang emak.

si penari jalanan terduduk di tepi,
lelah letih mencari beras setampi,
buat bekalan hidup menyepi,
dalam kesamaran pergi sendiri.



Rihammahsih, 2011