Saturday, April 30

Mukhayyam itu.

Spring Camp UK 2011:Mukhayyam Al-Quran
IKRAM UKEire
"Spring Camp ni bertujuan untuk mengajar antum bagaimana untuk menjalani kehidupan yang sibuk, dengan memanah, menembak, masak barbeque, tapi masih mempunyai masa untuk bersama Al-Quran dan menghafalnya"
Ustaz Mazrul


Alhamdulillah baru lepas (baru??) ikut Spring Camp tengah April hari tu dan cukuplah kata-kata ustaz Mazrul di atas untuk menggambarkan apa aktiviti yang berlangsung. Pengisiannya dari mulut ustaz cuma sejam satu hari, bersama dengan Quran di pagi hari dan di malam hari, kemudian dipenuhi aktiviti, games, explorace, memanah, menembak, rentas berhalang, war games, dan lain2, tetapi pengisian dari Allah jalla wa'ala itu sepanjang masa ketika perkumpulan manusia yang mencari redhaNya ini bertamu di Belchamps Scout Camp di Essex ini yang inshaAllah dilitupi sayap-sayap malaikat sepanjang 4 hari di sana.

Perkhemahan di sana mengajar bagaimana untuk menjalani kehidupan sebagai seorang mukmin yang sebenar, yang sibuk dengan tugas hariannya sebagai pelajar, sebagai majikan, sebagai pekerja, sebagai suami, sebagai anak, di samping masanya masih diperuntukkan untuk Al-Quran dan menghafalnya. Alhamdulillah, teknik penghafalan yang diajar di SCUK11 berlandaskan bagaimana para huffaz menghafal Al-Quran. Bagaimana?

Ya, perlu datang ke SCUK11 lah. Hehe.

Yang utama, SCUK11 ini adalah salah satu daripada siri pentarbiyahan yang panjang dalam usaha menjadi hamba Allah dan agar pulang ke pangkuanNya dengan keadaan yang diredhai. Selepas ini, kita ada Summer Training Camp UK 2011 (STCUK11) pada 23-26 Jun pula inshaAllah yang akan melatih disiplin dan kecekalan diri. InshaAllah jumpa di sana.

Tuesday, April 12

Paris je taime: Pasak Cinta


(gambar dari Tumblr Ezzad AB)




Pasak Eiffel Tower itu pada structure pondasinya.
Pasak pohon berimbun itu pada akar tunjangnya.
Pasak cinta itu? Boleh jadi antara dua, Allah atau nafsunya.

Pilih lah pasak cintamu.



Paris, je taime.
10042011

Paris je taime: Pondasi Hamba


Apa jadi jika pohon mati akarnya? Pasti daun kan berguguran, layu di pusara kesepian, menanti saat rebah ke bumi.
Pohon itu tidakkan dapat bertahan jika pasaknya dicabut atau dimusnah, PASTI akan rebah satu saat nanti, kerana di situ punca masuk kekuatan serta kehidupannya; air dan sumber mineralnya.

Kerana pasak itu, pohon itu mampu bertahan sehingga beratus-ratus tahun lamanya. Kerana pasak itu, ramai yang dapat mengambil manfaat dari rendangnya berlindung terik matahari serta lebat hujan. Kerana pasak itu, manusia sekelilingnya berkesempatan merasai hasil buah-buahannya.

Nah, apa pula jadi jika Eiffel itu musnah pondasinya? Pasti lambang cinta itu kan tersembam ke bumi, terkubur lambang gah di kota cinta ini.

Menara itu berdiri atas pondasinya kukuh dan utuh, diperkuat concrete atas tanah serta gravel meliputi keluli yang dicantum nut dan bolt yang mampu menahan dead load, live load mahupun environmental load seperti angin ribut.
Kerana pondasi itu, Eiffel itu masih kekal lambang cinta. Kerana pondasi itu, Eiffel mampu dinaiki miliyar orang saban tahun bergiliran ganti. Kerana pondasi itu, Peranchis mampu membuat keuntungan miliyar Euro atas pelancongan yang pasaknya Eiffel tower ini.

Cuba kita lihat manusia itu apabila hilang pondasi manusia itu maka hidupnya hilang makna, hilang tempat bergantungnya, hilang arah tujunya, hilang maksud kehidupannya.

Maka apakah pondasi sesuatu manusia itu? Tentulah ianya pengabdian pada sesuatu kerana manusia itu hakikatnya hamba.
Pengabdian seseorang itu terhadap sesuatu bermula dari BERKENALAN, ianya menumbuhkan bibit-bibit PERCAYA, bila PERCAYA itu tumbuh mekar, kan bercambah rasa CINTA, dari CINTA itu kan lahir PENGABDIAN.

Kita sering lihat manusia itu mengabdikan diri pada cintanya. Terhegeh-hegeh mengejar maksud cinta, mencari manusia istimewa kerana fitrah manusiawi itu perlu pada CINTA. Maka antara cinta yang lahir dari tujuan kerna Tuhan dan yang tumbuh dari nafsu pastikan berbeda. Bagaikan keretapi yang berjalan dari satu tempat ke arah yang bertentangan dan tidak akan berpatah balik, ianya pasti tidakkan bertemu, melainkan seseorang itu mengubah arah tujuan hidupnya, mula berkenalan semula dengan Tuhannya.

Pondasi manusia itu seperti akar pada pohon, seperti pasak Eiffel. Jika pondasi manusia itu menuruti hawa nafsunya, pastikan ia menghadapi jalan pendakian kehidupan yang sukar, rasa kosong at times bila hilang kegembiraan in the air, rasa sunyi bila tiada teman-teman sepermainan, tiada arah tuju melainkan hanya seperti robot yang cuba menghabiskan sisa hidupnya.

Manusia itu bila pondasinya pengabdian pada Tuhan, ianya akan merasai kenikmatan hidup yang luar biasa. Bayangkan manusia yang hidup sederhana, tiada kekayaan, tiada kemewahan tapi lebih bahagia daripada milionnaire billionarie di luar sana. Bayangkan manusia yg punya isteri tercinta satu, lebih bahagia daripada casanova yang meniduri berpuluh wanita dalam masa seminggu tetapi masih tidak merasa kepuasan dari pebuatannya.

Manusia itu manusia bila ianya mengabdi diri pada Tuhan, manusia itu hidup bila ia menjadikan hidupnya hanya untuk Tuhannya. Manusia itu akan jadi gah kerana ia lambang cinta Tuhannya, seperti lambang cinta yang sempurna, Rasulullah S.A.W. yang mana Allah mengiktirafnya sebagai hamba, yang dipilih diperjalankan berjumpa denganNya.

Marilah berusaha menjadi hamba, memperbaiki pasak cinta kita agar pohon kehidupan ini dapat hidup segar dan bermunafaat kepada insan-insan sekeliling kita, seperti utuhnya lambang menara Eiffel Tower di kota Cinta ini.

Paris, je taime.
10042011

Wednesday, April 6

Don't Act Tough

don’t act tough, you ARE meant to break, for Allah wants you to turn to Him, along with hope and fear, to put pieces back together.


rihammahsih

Monday, April 4

Primary Concern



“If your primary concern is not pleasing Allah, then you will not be pleased with anything that concerns Islam”

Remember how tough it is to perform prayer on time? How hard it is to read the Quran each day? How difficult it is to preach others? Then know that the heart is still not set on pleasing Allah, that the total ‘ubudiyyah (51:56) is still far from our reach.
Works towards overhauling our heart for we’ll find it happier and easier to practise Islam.



Rihammahsih

Fitrah

hakikat fitrah manusia itu memerlukan tempat bergantung, ia tidak pernah dan tidak boleh independent. bila manusia hilang pergantungan dengan Tuhan, maka di sana ia mencari tempat pergantungan yang saban kali tidakkan pernah dapat memuaskan hati sepenuhnya; hartanya, kawan-kawannya, teman istimewanya, pangkatnya, populariti, respect, dsb.
ketahuilah di sana ada sesuatu yang kurang melainkan hanya pergantungan pada Tuhan iaitu, ketenangan.

carilah kebenaran, pasti berjumpa Tuhan, carilah Tuhan, pasti berjumpa ketenangan.
rihammahsih -

Birrul Walidain vs 'Uququl Walidain

touched by the lecture in Al-Furqan mosque after Zuhr. - true, we might try and struggle to be good Muslims, but it will count to nothing as we often let (what we assume) the smallest of things runs under our nose while it is the biggest of thing after Allah, birrul walidain that is.

Waqadla rabbuka alla ta’budu illa iyyahu wabil walidaini ihsana imma yablughanna indakalkibara ahaduhuma aukilahuma fala taqullahuma uf wala tanharhuma waqullahuma qaulan karima, wahfidlahuma janahadldlulli minarrahmati waqurrabirhamhuma kama rabbayani shaghira” ([17.23] 

Your Lord has ordered you to worship none except Him, and to be good to your parents. If either or both of them attain old age with you, do not say: “Uff”, nor rebuke them, but speak to them with words of respect.

birrul walidain (doing good to parents) in fact, comes straight after Allah (worship none except Him, and to be good to your parents). 'uququl walidain (hurting your parents even 'uff') is kibarul kibr, one of the biggest sins of all sins, right after shirk (as what ulama' agreed upon).

we might do zina or not praying or drinking or swearing or telling lies or not completing the amanah and think we might get away with it because there's no quick punishment. it is not the case with 'uququl walidain, the punishment of 'uququl walidain is quick and it's settled in this dunya and there are more punishments reserved for us in the akhirah (on top of our sins of committing zina, not praying, drinking, swearing, telling lies etc)

beware that we will go bankrupt on yaumulqiyamah even though we worked hard in our ibadah in this dunya if we do 'uququl walidain, our WHOLE ibadah will vanish on that day if our parents are not pleased with us, even if there is a slightest 'terasa hati', as the blessings of Allah lies in our parents hands.

I urge myself and you to just go and say to our parents, "mom dad, sorry for everything I've done..", for that (awkward) moment might save us from hellfire later on.