Sunday, January 30

Salam.saya sedar sedekah,menolong org sgt2 disukai Allah swt. saya sedaya upaya menolong org lain.TAPI, ada masa, ada perasaan x suka pd org yg suka/selalu meminjam padahal tau dia betul2 memerlukn.benci pd diri bila ada rasa camni.any advice?tqvm.

wsalam. ni just pendapat, mungkin salah, mungkin betul dan saya bukanlah orang yg paling layak untuk bagi jawapan.

first and foremost, amalan itu diganjari selaras dengan niat. sesuatu niat, bukanlah dipaksa, tetapi hadir dengan kefahaman yg melahirkan iman.

contohnya macamni, kita jadi cikgu, tugas kita mengajar hari-hari di sekolah(yang wajib, zakat). tapi ada budak2 ni tak berapa nak pandai sangat, perlu kepada kelas tambahan, kita sebagai cikgu rasa tak perlunya untuk buat kelas tambahan (sedekah). terpulang dekat kita nak bagi ke tak, tapi kalau kita buat kelas tambahan, orang akan sayang kita esp students/cikgu2 lain respect kalau kita sungguh2 (pahala dan redha), dan mungkin dapat anugerah cikgu terbaik (tempat yang tinggi dalam syurga)

sedekah itu tak wajib, tapi sepatutnya kita memberi dengan harapan untuk dapat balasan pada akhirat.

ada satu kisah sahabat Nabi ni, Abu Dujajah dan Abu Dahdah. Abu Dujajah ni ada sorang jiran, budak2 yang yatim piatu, kecik lagi. Budak tu risaukan harta dia yang sikit je (kebun tinggalan arwah ayah dia) yang bersebelahan dengan tanah Abu Dujajah tapi dibatasi dengan satu pokok tamar kepunyaan Abu Dujajah. Si budak ini pun nak buat pagar untuk protect apa je yang dia ada kan, tapi untuk buat pagar tu, kena la lalu kat pokok tamar yang satu tu.

so budak ni pun pergi jumpa Abu Dujajah dan mintak nak pokok yg satu tu so that dia boleh buat pagar keliling tanah dia tu. Abu Dujajah tak bagi, katanya 'no, it's my haq'. which is true. memang hak Abu Dujajah tu pun dan terpulang kat dia la untuk nak bagi ke tak. kemudian budak ni cakap yang dia nak report dekat Nabi pasal benda ni.

budak ni pun pergi jumpa Nabi dan cerita pasal situasinya, dan Nabi suruh panggil Abu Dujajah ni, masa ni Abu Dahdah ada sekali. Nabi cakap, "ya Aba Dujajah, give him the tree, aren't you pity of him?" speaking pulok Nabi, hehe. tapi Abu Dujajah cakap, "No, I won't give it, it's my haq".

Nabi pun cakap lagi, "ya Aba Dujajah, give him the tree for you will get a tree in Jannah (maknanya macam confirmla untuk masuk syurga kan sebab Nabi dah janjikan pokok untuk dia)". Abu Dujajah jawab, "NO, I don't want a tree in Jannah, it's my tree and it's my haq". Dia tak nak bagi jugak. Abu Dahdah ni jeles dengan offer yang Nabi bagi dekat Abu Dujajah, dia tanya Nabi, "ya Rasulullah, if I gave the tree to the kid, will I get the same offer?" Nabi agree dan Abu Dahdah terus cakap pada Abu Dujajah,

"Ya Aba Dujajah, I have 400 (some say 600) Dates trees in my orchard with a house in the middle of it. Will you want to exchange the tree (yg budak tu nak) for the 400 trees?"

Abu Dujajah jawab, "Ya Aba Dahdah, are you sure??" "Ya Aba Dujajah, I'm very sure about it, and the rest of you here, be our witness". So Abu Dujajah pun agree utk tukar 1 pokok tu untuk 400 pokok tamar Abu Dahdah.

Abu Dahdah pun cakap pada budak tu, "o kid, that tree is yours".

Budak yatim tu pun gembira sangat dan balik.

Abu Dahdah pun balik ke rumah yang di tengah2 400 pohon tamar tu, dan cerita kan pada Ummu Dahdah, "ya Ummu Dahdah, I've given all of this for a single tree in Jannah." So, diorang pun angkat barang nak keluar, anak2 Abu Dahdah bawak seberapa banyak biji kurma yang muat dalam tangan diorang, said Ummu Dahdah, "o kids, open it and throw it back, for we will have our own in Jannah". Diorang pun keluar tinggalkan semuanya dan tawakkal pada Allah.

Masa perang Uhud, kan Nabi kena serang hendap sebab backline (pemanah) turun serbu nak kutip harta kan? So, Nabi pun cakap dalam desperate moment tu, "Whoever wants to be my neighbours in Jannah, protect me from the Quraisy!" (penting kot untuk kemandirian dakwah & Islam)

Lepas dari habis perang tu, Nabi pergi ke medan dan cari para syuhada' yang tumbang ketika mempertahankan Nabi, dan masa Nabi pusingkan badan-badan mayat untuk kenal pasti siapa yang mati, Nabi jumpa Abu Dahdah. Nabi tunduk dan duduk di sisinya, dan Nabi cakap,"Now, how many trees for Aba Dahdah in Jannah?"

Allah, nampak macam rugi, 400 pokok yg Abu Dahdah bagi dengan niat untuk dapatkan satu je pokok dalam syurga, tapi Allah reward dia dengan balasan kemenangan yang besar, menjadi syahid dalam medan perang.

(semua orang akan dibangkitkan dan dibicarakan kecuali 2 golongan, Nabi-nabi dan para syuhada' yang akan straight masuk syurga TANPA perlu tunggu dalam kubur seperti orang sholeh yang lain yang tak mati syahid. Allah pilih manusia2 yg betul2 ikhlas amalnya, benar taqwanya untuk dijadikan syuhada' dan mendapat tempat yang special disisiNya. straight masuk syurga TANPA perlu disoal dalam kubur, straight tunggu di syurga sampai hari Kiamat)

Besarnya ganjaran yang Allah bagi untuk keikhlasan tu. Kita sedekah dan tolong orang, bukan kira sikit ataupun banyak, tapi Allah nak tengok kita bagi masa senang maupun masa dompet tengah nipis, 5 sen yang kita bagi, kadang-kadang kita tak tahu balasan Allah pada 5 sen tu, kalau 5 sen tu je yang kita ada ketika ada tabung sedekah utk anak yatim, dan itu je yang kita bagi pada masa tu, dan kita menggeletar cari duit nak bagi sebab merebut peluang beramal dan nakkan syurga Allah, inshaAllah Allah akan balas setimpal dengan niat kita.

Kita jangan tengok dari sudut worldly life, worldly glass, worldly perspective tentang apa yang kita bagi, tapi kita tengok dari segi reward yang Allah janjikan, yang Allah gembar gemburkan dalam kitabNya, yang buat kita terketar desperate nak bagi sebab Allah.

Sama-sama kita latih diri kita untuk infaq pada jalan Allah, tolong orang dengan sedeqah dan bukan tunggu zakat je baru nak keluar duit.

Dan macam saya cakap awal2 tadi, iman itu lahir dari kefahaman(bila kita belajar), dan niat terbentuk dari iman. kalau iman kita lemah, niat kita akan bercampur baur dan tak tetap kerana Allah. Dari hasil niat itu terpancarlah amal-amal yang lahir di mata manusia dan kita diganjari melalui niat kita, kerana ada amal yang pura-pura dan hanya ingin menunjuk. Hanya Allah dan juga of course kita sendiri, tahu dan layak untuk menilai isi hati kita.

Abu Hafs, Umar Al-Khattab r.a. "Sungguh, tiap amal itu lahir drpd niat dan sungguh baginya (ganjaran) apa yang dia niatkan". (Sahih Bukhari & Muslim)

Maka bentuklah iman dari kefahaman yang akan melahirkan niat yg memacu amal.

Kejap, kefahaman yang macam mana?

"Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Allah memberikannya kefahaman dalam Ad-Din (way of life/cara untuk hidup/Islam)" (Sahih Bukhari & Muslim)

Strive untuk faham Islam sebab Allah. Allah will lead you the way.

Wallahua'alam.

Ask me anything

No comments: