Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun..
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"
Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?".. "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"
"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"
"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"
Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"
Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"
"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.
Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.
Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".
"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"
"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".
"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".
"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.
Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.
Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang
Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara
kamu!
Komentarku: Jalan-jalan Syurga itu jelasnya bidznillah(dgn izinNya) melalui Shahadatul Haq yg kita pelajari yok? Betapa ramainya di luar sana yg masih leka dan lalai. Betapa ramainya mereka di luar sana yg masih tidak tersedar akan penipuan duniaan ini. Betapa ramainya di luar sana yg masih tercari-cari nikmat yg kita kecapi kini. "Wailullil mukazzibin", "Fabiayyi ala irrobbikuma tukazziban" berulang2 kali di peringat oleh Tuhan pada kita. "Celakalah mereka yg mendustakan" , "Dan nikmat Tuhanmu yg mana yg kamu dustakan?" Nikmat Islam dan Iman yg kita kecapi kini, bukanlah murah harganya, bukanlah sekadar utk diri. Jelasnya untuk dikongsi dan diseberkan, kerna nikmat ini bisa diambil tiba-tiba oleh siapa2 yg tidak menghargainya untuk diganti oleh orang lain. Byk sekali diremind oleh Tuhan, jika kamu tak nak buat kerja ini, fine Aku gantikan dgn org yg lebih baik drpd kamu. Jatuhla serendah2nya mereka yg tahu tapi menyimpan kebenaran bagai bani Israel yg dilaknat Allah karena mendustakan ayat2nya itu.
Jelasnya, kita sudah sedari yok? Maka, teruslah pentarbiyahan ini demi kemaslahatan dirimu yg terutamanya, dan demi keluarga serta manusia sejagat, kerana kita ini ummatan wasato, umat pertengahan yg disatukan atas dasar akidah, bukan kerana minatnya bola, kariernya serupa, kerana kita membawa satu fikrah yg sama, menegak kalimah Shahadah di bumi bertuah ini.
Benarlah, ujian demi ujian akan dilontarkan pada manusia yg ingin diangkat Allah satu derajat ke derajat yg lain. Kerana itu, kamu bisa akan menghadapi ujian demi ujian, ujian Xbox, ujian habis exam, ujian masa lapang, ujian banyak wang, ujian ramai kawang perempuang, ujian nak tinggalkang jahiliyah2 yg masih bertapak di hati, semuanya untuk mengetest sejauh mana keimananmu terhadap Allah azza wajal, sejauh mana kamu akan diangkat rapat ke sisi Allah subhanahu wata'ala..
Jangan gentar, jangan gusar, kerana matelamat kita hanyalah Allahu rabbi warabbukum dan Allah bersama-sama mereka yg berjuang demi agamaNya. Lagipun bukankah ini yg kita mahu?? Melihat wajah Allah S.W.T. dan mendapat pangkat "Allah redha akan kamu, dan kamu redha akan Allah"?? Bersama Rasulullah S.A.W. di dalam syurga, mencium pipi halus Baginda, mengucapkan Salaaam kepada Baginda dan Baginda bertutur yang baik2 dengan kita?? Bukankah ini yang kita mahukan??
Karena kita takkan bisa, sekali-kali takkan bisa mampu melihat neraka JahannamNya, apatah lagi disiksa ditortur walau sedetik walau seminit di dalamnya. diikat dirantai dengan tali besi panas membara disula dengan besi tajam tembus hingga ke muka dilempar dilempang malaikat bengis hingga hancur muka dibakar dipanggang hangus diganti kulit semula dipotong dibelah dicarik-carik dimamah daging-daging tanpa belas kasihan haus haus, diberi minum air nanah dan darah yg likat serta menggelegak, busuk dan jijik menghancurkan mulut serta isi perut, diberi makan buah zaqqum berduri2 hingga merobek perut menghancur isi badan. Semuanya berulang ulang ulang ulang ulang ulang ulang ulang ulang ulang ulang ulang ulang ulang ulang ulang ulang ulangggggulangggggg kalii.. mungkin sejuta tahun, mungkin 1 billion tahun, mungkin selama-lamanya. .
ya Allah takkan pernah terbendung azabMu itu. ingaklah janji Allah itu bener pastinya. Maka dengan itu, jangan patahkan pedangmu, jangan buang perisai imanmu. Kerana perjalanan ini masih panjang. Allah itu Maha mengasihani dan penyayang bener pada hamba2Nya, takkan pernah dimungkiri janji2Nya pada mereka yg berada di jalan ini. Allah tidak pernah membebankan satu beban yg tidak mampu ditanggung oleh mana-mana makhlukNya semenjak awal ilal akhir. Maka yakinlah, dakwah ini kita mampu tanggung bersama-sama. Jarak jauhnya tidak pasti, janji syurgaNya pasti. Kerana kita cuma ada Satu Destinasi akhir, menuju Satu Cinta yg abadi.
Wallahua'alam.
Tuesday, May 25
Friday, May 14
Without You
By
Hisham Mahir
Sami Yusuf
Without You
(a beautiful and heart-trembling song if one really listen to it)
Softly You called to me
Across the space between
Across eternity
Where love winds a path unseen
Across the space between
Across eternity
Where love winds a path unseen
Out of the wilderness
You beckoned my every step
I stumbled sometimes and yet
I never once looked back
I stumbled sometimes and yet
I never once looked back
‘Cos I would see
The man I know I used to be
How I was lost before You reached for me
No I don’t know
Where I would go
What I would do
The man I know I used to be
How I was lost before You reached for me
No I don’t know
Where I would go
What I would do
Without You
Without You
Without You
Without You
Without You
Like a heart between beats
I would feel nothing you see
If You took Your Love from me
I don’t know what more would life mean
I would feel nothing you see
If You took Your Love from me
I don’t know what more would life mean
I’d use my final breath
To call out Your name and let
That breath upon the breeze
Rise like a kiss to Thee
To call out Your name and let
That breath upon the breeze
Rise like a kiss to Thee
So You might see
Just what Your love has meant to me
And what the cost of losing You would be
No I don’t know
Where I would go
What I would do
Just what Your love has meant to me
And what the cost of losing You would be
No I don’t know
Where I would go
What I would do
Without You
Without You
Without You
Without You
Without You
‘Cos I would see
The man I know I used to be
How I was lost before You reached for me
No I don’t know
Where I would go
What I would do
The man I know I used to be
How I was lost before You reached for me
No I don’t know
Where I would go
What I would do
Without You
Without You
Without You
Without You
Without You
Tuesday, May 4
Salahkah aku ingin bersyukur?
By
Hisham Mahir
Aku seorang hamba.
sering alpa terlupa, bukan maksum.
selalu berdosa, namun mengejar maghfirah.
tidak sempurna, hanya sentiasa memperbaiki.
jauh dari alim, namun menjauhi kejahilan.
bukan berlagak warak, cuma mencari redhaNya.
Kenapa?
Kerana takut dipalu disiksa dalam kubur, lemas dalam peluh bila matahari sejengkal kepala berdiri bagai selamanya menunggu perhitungan juga nauzubillahiminzalik, gejolak marak api hitam pekat yang tiada mampu otak ini membayangkan siksa neraka yang tidak terperi sakitnya, dirantai diikat disuap makan buah berduri meluluh perut, haus... diberi minum air nanah bercampur darah menggelegak yang serta merta menggelegakkan otak, dibakar dipanggang sehingga luruh kulit dan daging lalu diganti baru seperti asal.. berulang-ulang. sampai bila?
sampai bila-bila.
bila-bila tu sampai bila?
bila-bila tu sampai bila-bila la..
tiada penghujung. tiada.
penghujung manusia cuma dua.
samada diseksa diganti kulit yg hancur luluh perut serta isi dagingnya berulang-ulang-ulang-ulang kali,
atau
bersenang lenang di syurga menikmati kehidupan sebenar setelah pahit jerih penat lelah menghadapi hidup yg penuh cubaan dan godaan.
Aku sedar kekurangan, salahkah untuk berubah?
Aku takut padaNya, salahkah aku bertaubat?
Aku berhutang Islam ini padaNya, salahkah aku ingin bersyukur?
Salahkah aku ingin bersyukur?
Subscribe to:
Posts (Atom)